Wednesday, December 26, 2012

P!nk - Try

kecewa

bulan yang tidak menentu, asyik bergaduh saje.. memang tak suka, kalaulah bagus kalau perkataan gaduh tu tak wujud dalam kamus

Mulut Berbau: Apa Anda Harus Tahu ??


MASALAH mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.
Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?
Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.
Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.
Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.
INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau
  • Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
  • Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.
Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.
Membersihkan gigi setiap hari.
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau.
  • Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda.
  • Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda, selebihnya masih kotor.
  • Membersihkan lidah setiap hari
  • Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah.
  • Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi  jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
  • Minumlah air
Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.
  • Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.
  • Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
  • Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara.
  • Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
  • Mengunyah gula getah tanpa gula
Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.

6 Tips Diet Mudah : Makan Sikit Tapi Kenyang :)



Kebanyakkan orang perlu makan banyak untuk merasa kenyang. Akibatnya mereka makan dari apa yang sepatutnya dan hasilnya, berat badan pun naik. Jadi macam mana kita nak makan sikit tapi rasa kenyang? Adakah dengan menahan lapar atau diet
Disini saya nak kongsikan panduan tentang bagaimana cara yang betul untuk kurangkan makanan yang dimakan tetapi boleh merasa puas dan kenyang. Boleh juga dijadikan tips diet mudah untuk beginners!

Makan perlahan-lahan dan kunyah
Otak kita memerlukan 20 minit untuk menyedari bahawa perut anda dah pun kenyang dan kalau kita dah lapar sangat tu, mesti gelojoh je makan dan ada tu sampai tak sempat nak kunyah dah telan. Untuk memanjangkan waktu makan anda supaya tak terlebih makan, kunyah perlahan-lahan.
Aturan makan yang betul
Jika terlewa atau tak makan pada waktu yang betul, anda berisiko untuk makan secara berlebihan pada waktu makan yang seterusnya. Contohnya kalau tak sarapan, mungkin anda akan makan banyak pada waktu makan tengah hari. Tak elok untuk sistem penghadaman anda.
Adalah lebih baik anda makan dalam tempoh waktu yang pendek iaitu setiap 2 atau 3 jam tapi portionnya kecil.
Guna pinggan kecil
Kita akan cuba untuk ambil pinggan lebih besar untuk masukkan semua makanan yang ada terutamanya bila di kenduri atau jamuan makan. Memang susah nak kawal nafsu makan terutamanya bila nampak orang lain makan sepuas-puasnya. Cuba perlahan-lahan tukar saiz pinggan. Kecil saiz pinggan, kecil juga lah saiz pinggang anda.
Makan sayur dahulu
Minggu lepas saya ada tonton cerita Pecah Rahsia by Aizat di televisyen. Tips diet Aizat adalah, sebelum menjamah lauk berat seperti ayam, daging semua tu, jamah dulu sayur-sayuran. Kata Aizat, sistem pencernaan tak ‘terkejut’ dan akan memudahkankan lagi perut untuk menghadam protein seperti ayam dan daging
Pilih buah segar
Antara kordial dan jus sebenar, pilih lah jus dari buah-buahan sebenar. Khasiat pun banyak dan kandungan serat pun tinggi. Kalau rasa agak leceh nak blend buah-buahan buat air, di kedai pun dah banyak jual jus buah segar dengan harga yang murah macam di kedai Speedmart.
 Makan makanan berserat tinggi
Makan seperti buah jambu batu,lemon, sayuran seperti bayam,lobak asparagus, bijirin memang kaya dengan kandungan serat yang tinggi. Makanan yang mempunyai kandungan serat tinggi ni dapat memberikan kita rasa kenyang dengan lebih cepat. Lebihkan sayuran, kurangkan nasi atau karbohidrat. :)

[Tips Cantik] Cara Kekalkan Gincu Di Bibir Lebih Lama



Bagaimana untuk mengekalkan gincu di bibir anda dengan lebih lama? Kami ingin kongsikan tips mudah dari jenama kosmetik terkenal Bobbi Brown. Semoga anda mendapat manfaat! :)
1. Bersihkan bibir yang kering menggunakan berus lembut ( bagi yang mempunyai kulit bibir yang merekah )
2. Sapukan lipbalm jika bibir anda mudah kering dan biarkan selama beberapa minit.
3. Buat garisan di keliling bentuk bibir dengan menggunakan pensel bibir dan warnakan bahagian dalam bibir dengan menggunakan pensel yang sama.
4. Sapukan gincu dengan menggunakan berus bibir. ( ini akan memberikan kesan yang lebih mewah berbanding kesan gincu biasa apabila anda menyapu terus gincu pada bibir ). Tips untuk mereka yang inginkan kesan gincu  yang lebih lama, pilih warna gincu yang gelap atau ‘bright’ ( terang )
Ini adalah berus bibir atau lip brush. Banyak dijual di kedai kosmetik dan juga kedai serbaneka.
5. Letakkan tisu pada bibir dan kemam lembut.
6. Sapukan gincu kembali pada bibir menggunakan berus bibir.
7. Elakkan menggunakan lipgloss jika anda ingin kesan gincu yang lebih lama pada bibir. Lebih berkilat gincu pada bibir, lebih cepatlah ia tanggal pada bibir.

Sunday, October 21, 2012